%d

Hari

%h

Jam

%m

Minit

%s

Saat

RAKAN STRATEGIK

Berita

Hawana: Saksi Pengorbanan, Fahmi Komited Angkat Martabat Pengamal Media

IPOH, 29 Mei (Bernama) -- Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil menyatakan komitmen mengangkat martabat pengamal media dan berusaha memudahkan urusan golongan itu.

 berita selanjutnya 

Sarawak Sedia Jadi Hos Hawana 2024 - Abang Johari

KUCHING, 29 Mei (Bernama) -- Sarawak bersedia menjadi tuan rumah sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg. 

 berita selanjutnya 

Hawana 2023 Dapat Pengiktirafan Perhimpunan Terbesar Pengamal Media - Ceo Bernama

IPOH, 29 Mei (Bernama) -- Penganjuran Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023 telah mendapat pengiktirafan daripada pengamal media Malaysia yang menyifatkan sambutan kali ini sambutan sebagai perhimpunan terbesar para pengamal media.

 berita selanjutnya 

Hawana: Pengamal Media Terus Dihujani Ucapan Penghargaan

IPOH, 29 Mei (Bernama) -- Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023 yang disambut hari ini terus mendapat perhatian pemimpin negara apabila menerima ucapan penghargaan yang tak putus-putus sejak semalam. 

 berita selanjutnya 

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Selamat Hari Wartawan Nasional

IPOH, 29 Mei (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan Selamat Hari Wartawan Nasional (HAWANA) bertemakan “Media Bebas, Tunjang Demokrasi”.

 berita selanjutnya 

Media Tradisional Perlu Berkembang, Rangkumi Media Sosial

IPOH, 28 Mei (Bernama) – Dengan media sosial menjadi sumber utama maklumat dan berita kepada generasi muda, pakar-pakar menggesa media tradisional supaya berkembang dan menjadi luar biasa kreatif untuk menarik perhatian pengguna.

 berita selanjutnya 

Kewartawanan Dipacu Kecerdasan Buatan Dibincangkan Dalam Forum Hawana

IPOH, 28 Mei (Bernama) --  Biarpun sesetengah penganalisis melihat kecerdasan buatan (AI) sebagai ancaman kepada kewartawanan sebenar, pakar-pakar pada Forum Media HAWANA 2023 di sini hari ini berkata AI juga boleh mengubah kaedah wartawan bekerja. 

 berita selanjutnya 

Tpm, Menteri Ucap Selamat Hari Wartawan Nasional

IPOH, 28 Mei (Bernama) -- Jasa dan pengorbanan pengamal media kepada pembangunan negara serta masyarakat turut mendapat pengiktirafan para pemimpin negara.

 berita selanjutnya 

Pm Terima Kad Media, Simbolik Hargai Sumbangan Media

IPOH, 28 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima Kad Perakuan Media Jabatan Penerangan Malaysia kategori emas, bersempena kemuncak sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023 yang berlangsung di sini hari ini.

 berita selanjutnya 

Tiga Wartawan Veteran Perak Terima Bantuan Tabung Kasih@hawana

IPOH, 28 Mei (Bernama) -- Tiga wartawan veteran Perak menerima bantuan Tabung Kasih@HAWANA sempena sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023, inisiatif yang bertujuan menyantuni pengamal media, bekas petugas media dan wartawan veteran yang memerlukan.

 berita selanjutnya 

BERITA-BERITA HAWANA

Klik logo media untuk paparan senarai berita

ACARA

KLIK UNTUK PAPARAN LANJUT

Majlis Kemuncak

Forum Media

Tabung Kasih @ HAWANA

Pameran

Video

KLIK UNTUK PAPARAN LANJUT

Mini Karnival Hawana 2023 meriah
PLAY VIDEO
HAWANA 2023 : Teknologi AI tidak mungkin ganti tugas wartawan secara menyeluruh
PLAY VIDEO
HAWANA 2023: Cabaran buru harta karun untuk media terima sambutan menggalakkan
PLAY VIDEO
HAWANA platform dapatkan kaedah terbaik negara luar
PLAY VIDEO
KKD harap komuniti wartawan negara ASEAN sertai HAWANA 2023
PLAY VIDEO
HAWANA 2023 sasar kehadiran lebih 1,000 pengamal media
PLAY VIDEO

Media In Action

KLIK UNTUK PAPARAN LANJUT

Video Promo

RASIONAL LOGO HAWANA 2023

Labu Sayong digunakan sebagai elemen utama bagi menggambarkan identiti perusahaan dari Perak.

4 warna yang digunakan adalah warna yang terdapat pada bendera Malaysia.

3 kelopak yang menggunakan warna merah, biru dan kuning pula melambangkan pluraliti budaya dan bangsa serta menggambarkan 3 wilayah, Semenanjung, Sabah & Sarawak yang membentuk Malaysia.

3 kelopak juga simbolik kepada daun bunga kertas yang sinonim dengan Ipoh, yang terkenal sebagai Bandar Bunga Kertas (Bougainvillea).

PENGENALAN

Tarikh 29 Mei telah diwartakan sebagai Hari Wartawan Nasional (HAWANA). Tarikh bersejarah itu dipilih sempena penerbitan edisi pertama akhbar Utusan Melayu pada 29 Mei 1939.

HAWANA pertama kali diadakan pada 11 April 2018 di Pusat Pameran dan Konvensyen MATRADE (MECC) Kuala Lumpur bertemakan 'Membela Bangsa, Membina Nasional'. Seramai 1,000 pengamal media dari seluruh tanah air berhimpun pada sambutan yang julung kali berkenaan.

Hawana tidak diadakan selama tiga tahun sejak 2019 hingga 2021.

HAWANA 2022 - IMBAS KEMBALI

Tema HAWANA 2022 ialah 'Suara Jelata, Aspirasi Negara'. Ia diterajui oleh Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (KOMM) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Melaka dan BERNAMA selaku penganjur.

HAWANA 2022 turut dijayakan oleh Malaysian Press Institute bagi program forum yang diadakan pada pagi 29 Mei 2022.

Seramai 20 orang delegasi dari Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia Indonesia (ISWAMI) Indonesia, turut hadir memeriahkan HAWANA 2022.

Pada majlis itu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyarankan penubuhan sebuah Pusat Kajian Kewartawanan Malaysia, bagi mendukung standard dan menaikkan tahap profesionalisme kewartawanan dalam negara.

Kemuncak HAWANA 2022 ialah Deklarasi Melaka 2022 yang berisikan 5 pernyataan sikap.

  • 1. Kewartawanan dipelihara dan diiktiraf sebagai institusi negara
  • 2. Menghormati hak wartawan menjalankan tugas
  • 3. Menjunjung perlembagaan dan prinsip Rukun Negara
  • 4. Kewartawanan memartabat integriti
  • 5. Memerangi berita palsu.

Penerima Anugerah HAWANA 2022 ialah Pengerusi Lembaga Pengarah Kumpulan Karangkraf, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub.

LOGO HAWANA 2022

TUJUAN

HAWANA diadakan sebagai satu bentuk pengiktirafan dan penghargaan tertinggi kepada pengamal media di Malaysia.

Media merupakan perantara yang amat penting dalam pembangunan dan perpaduan negara serta kesejahteraan rakyat. Ia berperanan merangkumi segala bidang yang melibatkan masyarakat termasuk ekonomi, politik, pendidikan, hiburan, agama, sains, teknologi, kebajikan dan kesejahteraan manusia, persekitaran dan ekologi.

Sambutan HAWANA antara lain boleh:

  • Mendedahkan profesion pengamal media kepada umum.
  • Menjadi platform pengamal media untuk berkongsi pendapat.
  • Dijadikan acara tahunan / kalendar utama di Malaysia.
  • Mempromosi serta memperkenalkan bandar-bandar utama Malaysia yang dipilih menjadi lokasi penganjuran HAWANA.
  • Meningkatkan pembangunan dan pertumbuhan industri media Malaysia.
  • Mempromosikan warisan, budaya dan keunikan negara.
  • Mempromosi produk dan perkhidmatan kerajaan.

Kerajaan dan rakyat memerlukan maklumat dan sumber yang disalurkan media mengenai segala perkara yang berlaku di dalam dan luar negara.

Lokasi

Lokasi:

Hotel Casuarina@Meru Ipoh, Perak